Friday 22 February 2013

LAWATAN KE REBAN MIE KEBAB




Sempena tahun baru cina baru-baru ini PakYa berkesempatan ke reban Mie Kebab di Penang. Terpegun! Itulah saja yang dapat PakYa katakan apabila melihat serama-serama saudara Mie Kebab. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada Mie Kebab kerana membekalkan PakYa beberapa biji telur sebagai buah tangan balik ke Sarawak. Hasilnya, dapat juga PakYa memiliki serama baka Mie Kebab di mana sebiji daripada telur tersebut berjaya dinetaskan,ALHAMDULILLAH.

Baka Mie Kebab

Saturday 19 January 2013

Rezeki 2013

Awang Lundu


Rezeki PakYa di awal tahun 2013 agak lain sikit dari sebelumnya. PK 01 kalau sebelum ini menurunkan anak-anak berwarna oren,kini anak yang ke-3 berwarna 'ara'. Mungkin dah rezeki atau niat PakYa selama ini ingin memiliki koleksi serama berwarna 'ara'. Selain itu,di awal tahun ini juga,11 ekor induk PakYa telah menurunkan 38 EKOR anak-anak yang ada potensi pada pandangan PakYa. Anak-anak ini merupakan generasi ke-3 Serama Di Bumi Kenyalang. Harap2 menjadi.. AMIN~ Kepada peminat serama di Sarawak yg berminat untuk memiliki anak-anak serama,bolehlah HELO HELO PakYa sementara 'stock' masih ada..

Sunday 13 January 2013

Awang Sempadi

Lagi hasil dari reban sendiri. Anak Awang Oren,ayam A,berumur 6 bulan bakal dijadikan pembaka reban.