Monday 17 December 2012

Perkhidmatan Diteruskan


Awang Merah                             Awang Oren

Memandangkan kedua-dua pembaka muda ini yang baru berumur setahun telah menurunkan anak-anak yang sedap mata memandang,PakYa mengambil keputusan bagi mengekalkan kedua-dua bapa ayam ini sebagai pembaka tahun 2013. Harap-harap anak-anak ayam tahun 2013 akan lebih hebat lagi. Sekian~

Saturday 15 December 2012

LAGI PROJEK 2013

    Diantara dara yang disediakan untuk proses breeding tahun 2013.

Dayang Cantik

Dayang Anggun

Dayang Penaga

Dayang Jelita

Friday 14 December 2012

PEMBAKA 2013

Hasil dari reban sendiri bakal menjadi PEMBAKA 2013 digandingkan(crossbreeding) dengan dara2 juga dari reban sendiri..

Awang Sematan                         Awang Yatim






Wednesday 14 November 2012

AWANG YATIM



    Awang Yatim berusia 3 bulan ini merupakan anak Awang Ara batch yg kedua,diberi nama Awang Yatim kerana bapanya mati semasa ia masih dalam proses penetasan. Ciri2 ayam ni bertubuh kecil,leher 'bergetar2' dan PakYa rasa ada harapan ayam ini untuk tarik dan selam bila dewasa kelak. Ramai yg berminat dgn ayam ini,tapi PakYa sayang untuk melepaskannya kerana PakYa hendak buat 'cross-breeding' pada projek 2013. Harap2 member paham :)

Friday 26 October 2012

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

AWANG ARA JR
    Awang Ara JR merupakan salah seekor anak kepada Awang Ara yang telah mati.



Monday 17 September 2012

KEMBALI LAGI

Ketemu lagi di arena serama,kali ini PakYa postkan kembali ayam-ayam yang pernah dipostkan bagi sama-sama melihat perkembangannya. Awang Mutiara dan Dayang Salju pernah dipostkan semasa anak A. Kini kedua-duanya telah masuk kategori dewasa. Dayang Salju dah mula bertelur,ayam ini biasa-biasa saja. Awang Mutiara mula tunjuk perangai,keistimewaannya ayam kenal tuan,chasis kecil,kaki stand lurus dan sayap lempar. Mereka sudah ada tiga ekor adik berwarna putih. Kepada yang berwarna putih bolehlah HELO-HELO dengan PakYa. :)

(SOLD)                  (SOLD)                (SOLD)
Awang Oren pula makin mengancam begitu juga dengan Awang Om Penaga. Kedua-duanya sudah dua kali berjaya menurunkan zuriat. Kini anak-anak berumur 3 minggu, harap-harap "Bapak borek Anak rintik" AMIN....







Sunday 19 August 2012

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

ayam serama dadanya tinggi,
cantik berseri seperti pengantin,
salam lebaran di Aidilfitri,
mohon maaf zahir dan batin.

kahkahkah :D

Sunday 5 August 2012

AWANG SEMATAN

        Syukur alhamdulillah,muncul seekor lagi anak Peluru Kenyalang 01 vs Dayang Kemuning berdarah baka 2000. Ayam baru tunjuk perangai,berusia 4 bulan.





Monday 16 July 2012


Salam serama untuk semua..
Agak dah lama PakYa tak meng'update' blog ini. :) bukan kerana sibuk,tetapi tiada apa yang hendak dikongsikan. Walaubagaimanapun hari ini PakYa mengambil kesempatan untuk mempaparkan anak-anak Dayang Manja vs Peluru Kenyalang 01 yang mana PakYa pernah pamerkan semasa mereka berusia 2 bulan. Kini masing-masing telah berusia 6 bulan..

Awang Sempoi : 250 gram


Awang Merah : 340 gram

Awang Oren : 350 gram


Dayang Idaman (kiri) Dayang Pujaan (kanan)

Di sini juga PakYa ingin mempaparkan Awang Om yang pernah PakYa paparkan semasa ia berumur 2 bulan dan kini telah berumur 5 bulan..

Awang Om Penaga : 330 gram

Thursday 5 April 2012

AHLI BARU SERAMA DI BUMI KENYALANG

1. Peluru 04 telah menurunkan 3 ekor anak tiga minggu lalu hasil silang kembali dengan Peluru 02. Yang BESTnya kali ini 2 ekor anaknya berwarna putih dan kedua-duanya PakYa rasa anak jantan. Harap-harap warna putih sepenuhnya kekal hingga mereka dewasa.


2. SYUKUR..Harapan menggunung PakYa terhadap DAYANG SEGAK tercapai. 4/4/12 DAYANG SEGAK telah menurunkan 2 ekor anak hasil silang dengan AWANG SULUNG. Walaupun hanya 2 ekor berjaya menetas dari 5 biji telur yang diramkan,PakYa cukup bersyukur kerana ini merupakan anak-anak pusingan pertama mereka. Yang lebih memuaskan hati PakYa,anak-anak ini merupakan anak terkecil saiznya pada hari pertama menetas. Mungkin mengikut saiz bapanya,AYAM 'A'. Semoga terus membesar dengan sihatnya....


ANAK AWANG SULUNG VS DAYANG SEGAK(kiri)
ANAK PELURU 02 VS PELURU 04(kanan)

REBAN PROJEK 2012

Alhamdulillah....
Akhirnya reban projek 2012 dapat PakYa siapkan. PakYa merasa puas di atas hasil kerja PAkYa sendiri dibantu isteri yang sama-sama minat serama. Member PakYa,Zam dari KL komen reban PakYa standard ladang. Tapi apa nak buat,reban dah siap tapi ayam Projek 2012 baru nak berkembang. Harapan PakYa,penutup tahun 2012 nanti PakYa memiliki koleksi ayam serama yang boleh dibanggakan dan diketengahkan,AMIN~


"REBAN PANJANG" SERAMA DI BUMI KENYALANG~






Saturday 31 March 2012

AWANG ARA TERKINI


DALAM KENANGAN :'( (19 JULY 2012)
 


        Mencapai umur 7 bulan Awang Ara mula menunjukkan perangai yang mengasyikkan PakYa. Rajin berkibas,sayap lempar dan mempunyai dada yang besar. Walaubagaimanapun,pada pandangan PakYa kelemahan Awang Ara yang ketara adalah pada balungnya yang agak besar. Tapi tak kesah,akan PakYa selangkan dengan induk yang mempunyai balung yang kecil,harapan generasi yang akan datang mempunyai sedikit perubahan pada saiz balungnya,AMIN~

PELURU KENYALANG 01 VS DAYANG MANJA




        Tiga ekor anak BATCH pertama mencapai umur 2 bulan setengah. Mula belajar berkokok,pada pandangan PAkYa anak-anak ini ada potensi untuk menjadi yang terbaik di reban PakYa kelak. Ketiga-tiga ini mengikut warna bapanya. 
*Adik-beradik betina ada 2 ekor mengikut warna ibunya akan PakYa postkan kelak..





Wednesday 14 March 2012

KUNJUNGAN BALAS

Bersantai di reban saudara Zaid


    11 Mac 2012 ada kelapangan sikit,PakYa membuat kunjungan balas ke reban sahabat baik PakYa,saudara Zaid. Boleh tahan koleksi serama saudara Zaid kita ni. Seronok tengok member sama-sama sukses dalam hal serama ni. Atas dasar kawan baik,saudara Zaid benarkan PakYa bawa pulang seekor dara. Sampai di reban PakYa,PakYa daftarkan dengan nama DAYANG ZED. Lepas ini,bolehlah cuba 'outdoor breeding'. PakYa juga bercadang akan membuat kunjungan ke reban pemain-pemain serama sekitar Kuching jika ada kelapangan. Pemilik-pemilik serama sekitar Kuching,jika terbaca blog ini,harap-harap menghubungi PakYa.

DAYANG ZED..
dalam kesedihan,mungkin kerana berpindah reban.



AWANG OM PENAGA

    Hari ini genap 1 bulan anak hasil daripada telur yang PakYa dapat daripada saudara OM PENAGA. Confirm jantan!! Ayam ini memang kecil,tubuh agak panjang dan berkaki hijau. Setelah dirujuk dengan saudara OM PENAGA tentang ciri-cirinya,ayam ini ada darah asal Cikgu Usop Kuala Terengganu,BAKA HIJAU. Seperti yang dijanjikan PakYa namakan AWANG OM PENAGA. Harap-harap saudara OM 'x' kesah. HEHE.. PakYa akan paparkan perkembangan AWANG OM PENAGA bila sampai umur 2 bulan. INSYAALLAH.

AWANG OM PENAGA (1 bulan)

REZEKI BULAN MAC 2012

    Alhamdulillah!! Awal bulan Mac 3 ekor induk di reban PakYa menurunkan 13 ekor anak-anak PELURU KENYALANG 01. Hujung bulan,kalau ada rezeki 3 induk cucu PELURU PLASTIK CJ akan menurunkan anak-anak pula. Harap-harap sukses! Cucu-cucu PELURU PLASTIK CJ ,PakYa silangkan dengan anak PELURU PLASTIK CJ iaitu bapa mereka sendiri. Menurut otai-otai serama cara ini bagi menguatkan aliran darah baka. PakYa cuba saja,harap-harap menjadi dan menurunkan anak-anak terbaik.

ahli-ahli baru serama di bumi kenyalang

 

Tuesday 6 March 2012

PENGUNJUNG YANG DINANTIKAN

    Baru-baru ini,sahabat karib PakYa saudara Zaid mengunjung ke reban PakYa dan telah membawa pulang dua ekor anak jantan baka DAYANG LANG + SI RINTING. Saudara Zaid ini bukannya kaki serama tetapi PakYa kategorikan beliau serupa dengan PakYa sendiri iaitu PENGGILA SERAMA. Ini bukanlah kali pertama saudara Zaid berkunjung ke reban PakYa dan setiap kali berkunjung beliau akan membawa pulang buah tangan tidak kira anak,induk atau bapak pembaka. Saudara Zaid juga merupakan orang lama dalam permainan serama dan aktif dengan serama semasa beliau berkhidmat di Kelantan. 
Member lama PakYa saudara Dafi ada juga datang berkunjung ke reban PakYa bersama rakannya saudara Rudi,masing-masing membawa pulang anak jantan berumur 3 bulan baka SI RINTING + BAKA 2000.


'posing' saudara Zaid di reban PakYa yang belum siap

DI JEMURAN.










    Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada peminat-peminat serama..
Hari ini 01 Mac 2012,PakYa ada kelapangan masa dan cuaca pun agak panas berbanding dengan hari-hari sebelum ini yang mendung. Jadi PakYa mengambil kesempatan memandikan ayam-ayam PakYa. Memandangkan serkup tidak mencukupi,PakYa hanya memandikan beberapa ekor sahaja,yang lainnya akan dimandikan esok hari jika keadaan mengizinkan. Untuk makluman semua,ayam-ayam dewasa PakYa menggunakan syampu DOUBLE STRENGTH(insecticidal shampoo)WASH OUT untuk membunuh hama-hama disamping mengilatkan bulu ayam. Bagi anak ayam yang berumur 1 bulan hingga 3 bulan,PakYa menggunakan syampu MEDI BIRD. Syampu ini disamping mengilatkan bulu ayam,ia juga dapat membunuh virus dan bakteria serta hama. Syampu ini juga dapat mencegah penyakit seperti ND,CRD dan lain-lain. 


boleh didapati di petshop di sekitar Kuching

Friday 24 February 2012

LANGKAH AWAL TAHUN 2012

        Pada 19 Januari 2012,Pakya bercuti ke Penang. Memandangkan masa terlalu singkat iaitu selama 4 hari sahaja di Penang,PakYa cuma sempat ke reban serama saudara Om Serama Penaga. Terima kasih Om kerana sudi membekalkan 14 biji telur serama untuk dibawa pulang ke Sarawak. ALHAMDULILLAH! Walaupun hanya sebiji sahaja yang menetas,harap-harap ia akan membesar dan berjasa nanti. Baru berumur 11 hari,belum tahu jantinanya. Insyaallah bila confirm jantina PakYa akan daftarkannya dengan nama AWG OM PENAGA jika ianya jantan dan DYG OM PENAGA jika betina.


GAMBAR BERSAMA OM SERAMA PENAGA


    Bertemu kembali kita di arena serama. Alhamdulillah.... Itulah saja yang dapat PakYa ucapkan,genap 21 hari telur yang PakYa dapat dari CJ menetas 4 ekor. Mencapai umur 1 bulan,PakYa dapati hanya 2 ekor jantan dan 2 ekor betina. Dimaklumkan kembali pada CJ mengikut pengalaman CJ,ciri-ciri yang terdapat pada anak-anak ayam tersebut,2 ekor jantan dan seekor betina kuat darah Limbat Terengganu manakala seekor betina lagi kuat baka Besi Buruk. Kini ayam-ayam tersebut menjadi baka sepenuh masa di reban PakYa, telah menurunkan 13 ekor anak dan kini sedang mengeram telur-telur pusingan kedua. Disebabkan ianya berasal dari CJ Sabah,PakYa kekalkan sedikit identitinya dengan menamakan yang jantan Peluru Kenyalang 01 dan Peluru Kenyalang 02 manakala yang betina,Dayang Manja dan Dayang Lang. Harap-harap CJ tak kisah! Bukan apa CJ,cuma untuk tidak melupakan mereka akan asal usul keturunan dan KEEP PERFORM!


    Semasa menunggu Peluru Kenyalang 01,Peluru Kenyalang 02,Dayang Manja dan Dayang Lang membesar tempoh hari,pada Julai 2011,PakYa telah mendapatkan 2 pasang serama muda daripada saudara Darwadi dari Miri,iaitu anak-anak Peluru Plastik CJ. Menurut saudara Darwadi,Peluru Plastik diperolehinya dari CJ pada tahun 2010 dan telah menurunkan 4 pasang anak. 2 pasang diberi pada PakYa dan 2 pasang lagi disimpan buat pembaka. Menurut saudara Darwadi juga Peluru Plastik telah dibawa ke Brunei Darussalam oleh peminat di sana. Ini bermakna baka Peluru Plastik CJ telah bertaburan dibumi Sabah,Sarawak dan Brunei Darussalam. Tahniah CJ!
Anak muda Peluru Plastik,PakYa namakan Peluru Plastik Jr01.Peluru Plastik Jr02,Dayang Plastik 03 dan Dayang Plastik 03. Sayangnya PPJr01 dan DP03 telah meninggalkan PakYa. Kini,sedikit kelegaan di hati. Hasil dari pengalaman lalu dan usaha selama lebih kurang dua tahun kebelakangan ini PakYa mempunyai beberapa serama yang boleh mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Sekali lagi ucapan TERIMA KASIH kepada CJ Sabah yang menjadi tempat rujukan PakYa dan saudara Darwadi yang melepaskan anak-anak Peluru Plastik kepada PakYa. Ucapan TERIMA KASIH juga kepada blogger-blogger serama yang mana penulisan anda banyak membantu dalam usaha PakYa memiliki serama-serama yang berkualiti dan membanggakan.


    Kini dan seterusnya serama-serama yang menetas di reban PakYa,PakYa beri 'PR' Sarawak sepenuhnya. Serama di reban PakYa sekarang melebihi 70 ekor. Kepada peminat-peminat serama yang baru mahupun yang lama,khususnya di Sarawak bolehlah berkunjung ke reban PakYa sekiranya ingin memiliki sepasang dua serama.


ANTARA KOLEKSI YANG BOLEH DIBANGGAKAN SETAKAT INI.




peluru 02 (anak peluru plastik CJ)

peluru 04 (anak peluru plastik CJ)
Dyg Segak (cucu Peluru Plastik CJ)

Dyg Manja (Baka Limbat CJ)

Awg Galak (cucu Peluru Plastik CJ)

Awg Gaok (campuran darah Peluru Plastik CJ)

Awg Kecil (cucu Peluru Plastik CJ)

Peluru Kenyalang 01 (Baka Limbat CJ)

Peluru Kenyalang 02 (Baka Limbat CJ)

Awg Tengah (cucu Peluru Plastik CJ)

Dyg Kenit

Awg Kenit (sold July 2012)
Awg Sulung (cucu Peluru Plastik CJ)


Saturday 18 February 2012

MENGORAK LANGKAH 2011

          Kepuasan memiliki serama setanding serama di Semenanjung belum terjawab.
    Kesabaran dicabar lagi. Apa lagi? “Bertindaklah!”kata hati.
    Mula hubungi CJ SERAMA SABAH. Atas persetujuan yang dicapai,bulan Jun PakYa terbang ke Sabah jumpa OTAI Serama Sabah,CJ.
    Terpegun! Kagum! Dan memang cantik Serama CJ dan kawan-kawan di Sabah yang CJ bawa melawat. Selama seminggu di Sabah dan atas budi bicara CJ,PakYa bawa pulang 12 biji telur serama kepunyaan CJ. Petua CJ,kalau nak main serama kita mesti tahu susur galur baka ayam,baru kita boleh dapat ayam-ayam cantik di masa akan datang. CJ sendiri mendapatkan baka-baka tersohor dari Semenanjung untuk dibiakkan.
    Bersambunggg…    

    

KEGILAAN KEMBALI 2010

     Walaupun tiada pertandingan diadakan di Kuching semenjak tahun 2005 dan PakYa sendiri tidak lagi memelihara serama sejak itu,kegilaan terhadap AYAM SERAMA tidak pernah pudar. PakYa kerap kali menghubungi kaki-kaki serama di Semenanjung bertanyakan perihal serama di sana.
    Tahun 2010 PakYa mula melayan BLOG-BLOG serama. Boleh dikatakan semua blog serama PakYa layan. Disebabkan tidak tahan lagi tengok serama-serama di blog,PakYa mula mengorak langkah untuk memiliki kembali AYAM SERAMA. Tapi bagaimana? Untuk membawa masuk serama dari Semananjung tidak dibenarkan lagi oleh Jabatan Pertanian Sarawak. PakYa mula menghubungi kawan-kawan lama yang sama-sama main serama. Tapi ramai yang tiada serama lagi.     Nasib menyebelahi PakYa apabila berjumpa kawan lama yang tidak henti pelihara serama,saudara Yet. Melalui saudara Yet,PakYa hanya dapat 5 ekor anak yang berusia 2 minggu. Disebabkan terlalu gila dengan serama,PakYa beli dari saudara Yet mahupun tidak tahu baka mana. Bukan apa,dulu pada tahun 2000 pemain serama tidak berapa pentingkan baka,janji serama yang dibawa dari Semenanjung.
    Hai! nak tunggu anak umur 2 minggu membosankan bukan sekejap! Mencari lagi.... Kawan dari Sarikei kata dia ada sepasang serama muda,malas nak pelihara lagi,tiada masa katanya. Apa tunggu lagi? PakYa memandu 5 jam untuk mendapatkan serama di Sarikei. Boleh tahan,yang jantan warna ara dan betina warna kuning. Baka mana? Tidak tahu. Asal usul ayam ini dibawa ke Sarikei oleh Pak Usup Kelantan sekitar tahun 2002 kata tuannya.
    Memandangkan bentuk ayam ini berdada besar,berkaki pendek dan berbulu lebat,PakYa namakan dia si Rimbun. Yang betina kawan kata namanya Maimunah. Hasil dari si Rimbun dan Maimunah PakYa hanya dapat seekor saja anak jantan warna rinting dan PakYa namakan si Rinting. Lepas itu Maimunah bertelur lembik dan PakYa beri dengan kawan.
    GAMBAR SI RIMBUN DAN SI RINTING TERKINI
si Rimbun (sold May 2012)

si Rinting (sold May 2012)

    Kesabaran 6 bulan menampakkan hasil,anak-anak ayam dari saudara Yet membesar dengan sihatnya. Kelima-lima ekor betina. PakYa silangkan dengan si Rimbun dan si Rinting. Banyak anak-anak dihasilkan,tetapi tidak sehebat serama di dalam blog.
    Berita Pakya punya serama dapat dihidu oleh peminat peminat serama. Ramai yang berkunjung ke reban PakYa dan membawa pulang anak si Rimbun dan si Rinting. Walaupun tak sehebat serama-serama si Semenanjung,tetap juga ingin dimiliki oleh peminat-peminat serama di sekitar Kuching. Mungkin disebabkan sukar untuk mendapatkan serama pada masa itu(2010).

KENANGAN LALU

          Mengimbau kembali saat kehangatan AYAM SERAMA di Sarawak bermula lebih kurang pada tahun 2000. Ramai pemain serama di Sarawak pada masa itu antaranya di Kuching,Bau,Serian,Sibu,Sri Aman,Saratok,Sarikei,Bintulu, dan di Miri. Atas inisiatif pemain-pemain serama di Kuching,maka tertubuhnya Kelab Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA Sarawak di Kuching.
    Sejak itu beberapa siri pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA telah diadakan di Kuching dan di Sibu.
    Bagi peminat-peminat serama di Mukah,beberapa siri pertandingan telah diadakan sempena Pesta Kaul Mukah yang mana Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA telah menjadi satu slot didalam acara Pesta Kaul Mukah.
    Tapi sayangnya menjelang tahun 2005 kehangatan AYAM SERAMA mula pudar dan sejak itu tiada lagi pertandingan diadakan hingga kehari ini di Kuching.
    Di Mukah,Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA diteruskan sempena Pesta Kaul. Malangnya setahu PakYa pada tahun 2011 Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA tidak dimasukkan didalam acara Pesta Kaul Mukah.
    Betapa hampanya pemain-pemain serama di Mukah,Bintulu,Sibu,Sarikei,Saratok,mahupun di Kuching. Harapan PakYa agar pihak yang menganjurkan Pesta Kaul Mukah akan memasukkan kembali Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA didalam salah satu slot Pesta Kaul setiap tahun.
    PakYa begitu yakin Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA boleh memeriahkan lagi Pesta Kaul Mukah. Pemain-pemain serama seluruh Sarawak akan berkampung di Mukah.