Friday 24 February 2012

LANGKAH AWAL TAHUN 2012

        Pada 19 Januari 2012,Pakya bercuti ke Penang. Memandangkan masa terlalu singkat iaitu selama 4 hari sahaja di Penang,PakYa cuma sempat ke reban serama saudara Om Serama Penaga. Terima kasih Om kerana sudi membekalkan 14 biji telur serama untuk dibawa pulang ke Sarawak. ALHAMDULILLAH! Walaupun hanya sebiji sahaja yang menetas,harap-harap ia akan membesar dan berjasa nanti. Baru berumur 11 hari,belum tahu jantinanya. Insyaallah bila confirm jantina PakYa akan daftarkannya dengan nama AWG OM PENAGA jika ianya jantan dan DYG OM PENAGA jika betina.


GAMBAR BERSAMA OM SERAMA PENAGA


    Bertemu kembali kita di arena serama. Alhamdulillah.... Itulah saja yang dapat PakYa ucapkan,genap 21 hari telur yang PakYa dapat dari CJ menetas 4 ekor. Mencapai umur 1 bulan,PakYa dapati hanya 2 ekor jantan dan 2 ekor betina. Dimaklumkan kembali pada CJ mengikut pengalaman CJ,ciri-ciri yang terdapat pada anak-anak ayam tersebut,2 ekor jantan dan seekor betina kuat darah Limbat Terengganu manakala seekor betina lagi kuat baka Besi Buruk. Kini ayam-ayam tersebut menjadi baka sepenuh masa di reban PakYa, telah menurunkan 13 ekor anak dan kini sedang mengeram telur-telur pusingan kedua. Disebabkan ianya berasal dari CJ Sabah,PakYa kekalkan sedikit identitinya dengan menamakan yang jantan Peluru Kenyalang 01 dan Peluru Kenyalang 02 manakala yang betina,Dayang Manja dan Dayang Lang. Harap-harap CJ tak kisah! Bukan apa CJ,cuma untuk tidak melupakan mereka akan asal usul keturunan dan KEEP PERFORM!


    Semasa menunggu Peluru Kenyalang 01,Peluru Kenyalang 02,Dayang Manja dan Dayang Lang membesar tempoh hari,pada Julai 2011,PakYa telah mendapatkan 2 pasang serama muda daripada saudara Darwadi dari Miri,iaitu anak-anak Peluru Plastik CJ. Menurut saudara Darwadi,Peluru Plastik diperolehinya dari CJ pada tahun 2010 dan telah menurunkan 4 pasang anak. 2 pasang diberi pada PakYa dan 2 pasang lagi disimpan buat pembaka. Menurut saudara Darwadi juga Peluru Plastik telah dibawa ke Brunei Darussalam oleh peminat di sana. Ini bermakna baka Peluru Plastik CJ telah bertaburan dibumi Sabah,Sarawak dan Brunei Darussalam. Tahniah CJ!
Anak muda Peluru Plastik,PakYa namakan Peluru Plastik Jr01.Peluru Plastik Jr02,Dayang Plastik 03 dan Dayang Plastik 03. Sayangnya PPJr01 dan DP03 telah meninggalkan PakYa. Kini,sedikit kelegaan di hati. Hasil dari pengalaman lalu dan usaha selama lebih kurang dua tahun kebelakangan ini PakYa mempunyai beberapa serama yang boleh mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Sekali lagi ucapan TERIMA KASIH kepada CJ Sabah yang menjadi tempat rujukan PakYa dan saudara Darwadi yang melepaskan anak-anak Peluru Plastik kepada PakYa. Ucapan TERIMA KASIH juga kepada blogger-blogger serama yang mana penulisan anda banyak membantu dalam usaha PakYa memiliki serama-serama yang berkualiti dan membanggakan.


    Kini dan seterusnya serama-serama yang menetas di reban PakYa,PakYa beri 'PR' Sarawak sepenuhnya. Serama di reban PakYa sekarang melebihi 70 ekor. Kepada peminat-peminat serama yang baru mahupun yang lama,khususnya di Sarawak bolehlah berkunjung ke reban PakYa sekiranya ingin memiliki sepasang dua serama.


ANTARA KOLEKSI YANG BOLEH DIBANGGAKAN SETAKAT INI.




peluru 02 (anak peluru plastik CJ)

peluru 04 (anak peluru plastik CJ)
Dyg Segak (cucu Peluru Plastik CJ)

Dyg Manja (Baka Limbat CJ)

Awg Galak (cucu Peluru Plastik CJ)

Awg Gaok (campuran darah Peluru Plastik CJ)

Awg Kecil (cucu Peluru Plastik CJ)

Peluru Kenyalang 01 (Baka Limbat CJ)

Peluru Kenyalang 02 (Baka Limbat CJ)

Awg Tengah (cucu Peluru Plastik CJ)

Dyg Kenit

Awg Kenit (sold July 2012)
Awg Sulung (cucu Peluru Plastik CJ)


Saturday 18 February 2012

MENGORAK LANGKAH 2011

          Kepuasan memiliki serama setanding serama di Semenanjung belum terjawab.
    Kesabaran dicabar lagi. Apa lagi? “Bertindaklah!”kata hati.
    Mula hubungi CJ SERAMA SABAH. Atas persetujuan yang dicapai,bulan Jun PakYa terbang ke Sabah jumpa OTAI Serama Sabah,CJ.
    Terpegun! Kagum! Dan memang cantik Serama CJ dan kawan-kawan di Sabah yang CJ bawa melawat. Selama seminggu di Sabah dan atas budi bicara CJ,PakYa bawa pulang 12 biji telur serama kepunyaan CJ. Petua CJ,kalau nak main serama kita mesti tahu susur galur baka ayam,baru kita boleh dapat ayam-ayam cantik di masa akan datang. CJ sendiri mendapatkan baka-baka tersohor dari Semenanjung untuk dibiakkan.
    Bersambunggg…    

    

KEGILAAN KEMBALI 2010

     Walaupun tiada pertandingan diadakan di Kuching semenjak tahun 2005 dan PakYa sendiri tidak lagi memelihara serama sejak itu,kegilaan terhadap AYAM SERAMA tidak pernah pudar. PakYa kerap kali menghubungi kaki-kaki serama di Semenanjung bertanyakan perihal serama di sana.
    Tahun 2010 PakYa mula melayan BLOG-BLOG serama. Boleh dikatakan semua blog serama PakYa layan. Disebabkan tidak tahan lagi tengok serama-serama di blog,PakYa mula mengorak langkah untuk memiliki kembali AYAM SERAMA. Tapi bagaimana? Untuk membawa masuk serama dari Semananjung tidak dibenarkan lagi oleh Jabatan Pertanian Sarawak. PakYa mula menghubungi kawan-kawan lama yang sama-sama main serama. Tapi ramai yang tiada serama lagi.     Nasib menyebelahi PakYa apabila berjumpa kawan lama yang tidak henti pelihara serama,saudara Yet. Melalui saudara Yet,PakYa hanya dapat 5 ekor anak yang berusia 2 minggu. Disebabkan terlalu gila dengan serama,PakYa beli dari saudara Yet mahupun tidak tahu baka mana. Bukan apa,dulu pada tahun 2000 pemain serama tidak berapa pentingkan baka,janji serama yang dibawa dari Semenanjung.
    Hai! nak tunggu anak umur 2 minggu membosankan bukan sekejap! Mencari lagi.... Kawan dari Sarikei kata dia ada sepasang serama muda,malas nak pelihara lagi,tiada masa katanya. Apa tunggu lagi? PakYa memandu 5 jam untuk mendapatkan serama di Sarikei. Boleh tahan,yang jantan warna ara dan betina warna kuning. Baka mana? Tidak tahu. Asal usul ayam ini dibawa ke Sarikei oleh Pak Usup Kelantan sekitar tahun 2002 kata tuannya.
    Memandangkan bentuk ayam ini berdada besar,berkaki pendek dan berbulu lebat,PakYa namakan dia si Rimbun. Yang betina kawan kata namanya Maimunah. Hasil dari si Rimbun dan Maimunah PakYa hanya dapat seekor saja anak jantan warna rinting dan PakYa namakan si Rinting. Lepas itu Maimunah bertelur lembik dan PakYa beri dengan kawan.
    GAMBAR SI RIMBUN DAN SI RINTING TERKINI
si Rimbun (sold May 2012)

si Rinting (sold May 2012)

    Kesabaran 6 bulan menampakkan hasil,anak-anak ayam dari saudara Yet membesar dengan sihatnya. Kelima-lima ekor betina. PakYa silangkan dengan si Rimbun dan si Rinting. Banyak anak-anak dihasilkan,tetapi tidak sehebat serama di dalam blog.
    Berita Pakya punya serama dapat dihidu oleh peminat peminat serama. Ramai yang berkunjung ke reban PakYa dan membawa pulang anak si Rimbun dan si Rinting. Walaupun tak sehebat serama-serama si Semenanjung,tetap juga ingin dimiliki oleh peminat-peminat serama di sekitar Kuching. Mungkin disebabkan sukar untuk mendapatkan serama pada masa itu(2010).

KENANGAN LALU

          Mengimbau kembali saat kehangatan AYAM SERAMA di Sarawak bermula lebih kurang pada tahun 2000. Ramai pemain serama di Sarawak pada masa itu antaranya di Kuching,Bau,Serian,Sibu,Sri Aman,Saratok,Sarikei,Bintulu, dan di Miri. Atas inisiatif pemain-pemain serama di Kuching,maka tertubuhnya Kelab Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA Sarawak di Kuching.
    Sejak itu beberapa siri pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA telah diadakan di Kuching dan di Sibu.
    Bagi peminat-peminat serama di Mukah,beberapa siri pertandingan telah diadakan sempena Pesta Kaul Mukah yang mana Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA telah menjadi satu slot didalam acara Pesta Kaul Mukah.
    Tapi sayangnya menjelang tahun 2005 kehangatan AYAM SERAMA mula pudar dan sejak itu tiada lagi pertandingan diadakan hingga kehari ini di Kuching.
    Di Mukah,Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA diteruskan sempena Pesta Kaul. Malangnya setahu PakYa pada tahun 2011 Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA tidak dimasukkan didalam acara Pesta Kaul Mukah.
    Betapa hampanya pemain-pemain serama di Mukah,Bintulu,Sibu,Sarikei,Saratok,mahupun di Kuching. Harapan PakYa agar pihak yang menganjurkan Pesta Kaul Mukah akan memasukkan kembali Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA didalam salah satu slot Pesta Kaul setiap tahun.
    PakYa begitu yakin Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA boleh memeriahkan lagi Pesta Kaul Mukah. Pemain-pemain serama seluruh Sarawak akan berkampung di Mukah.