Saturday 18 February 2012

KENANGAN LALU

          Mengimbau kembali saat kehangatan AYAM SERAMA di Sarawak bermula lebih kurang pada tahun 2000. Ramai pemain serama di Sarawak pada masa itu antaranya di Kuching,Bau,Serian,Sibu,Sri Aman,Saratok,Sarikei,Bintulu, dan di Miri. Atas inisiatif pemain-pemain serama di Kuching,maka tertubuhnya Kelab Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA Sarawak di Kuching.
    Sejak itu beberapa siri pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA telah diadakan di Kuching dan di Sibu.
    Bagi peminat-peminat serama di Mukah,beberapa siri pertandingan telah diadakan sempena Pesta Kaul Mukah yang mana Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA telah menjadi satu slot didalam acara Pesta Kaul Mukah.
    Tapi sayangnya menjelang tahun 2005 kehangatan AYAM SERAMA mula pudar dan sejak itu tiada lagi pertandingan diadakan hingga kehari ini di Kuching.
    Di Mukah,Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA diteruskan sempena Pesta Kaul. Malangnya setahu PakYa pada tahun 2011 Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA tidak dimasukkan didalam acara Pesta Kaul Mukah.
    Betapa hampanya pemain-pemain serama di Mukah,Bintulu,Sibu,Sarikei,Saratok,mahupun di Kuching. Harapan PakYa agar pihak yang menganjurkan Pesta Kaul Mukah akan memasukkan kembali Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA didalam salah satu slot Pesta Kaul setiap tahun.
    PakYa begitu yakin Pertandingan Kecantikan dan Kesenian AYAM SERAMA boleh memeriahkan lagi Pesta Kaul Mukah. Pemain-pemain serama seluruh Sarawak akan berkampung di Mukah.

No comments:

Post a Comment